Sunday 17 November 2013

Dia..

''saya happy dapat jumpa awak lagi hari ni..akhir2 ni awak asyik busy je kan.. tapi takpelah saya faham..yang penting kita dapat juga jumpa hari ni kan..''

lelaki tersebut berceloteh dengan penuh senyuman didepan gadis yang disayanginya..

''awak..anggaplah ni pertemuan terakhir kita..saya harus pergi..''

Perlahan dia bertanya..

''tapi..kenapa.. ?''

''kita harus lupakan semua ni.. kita tak sesuai untuk hidup bersama..saya dah jumpa seseorang yg jauh lebih sempurna dari awak..seseorang yg memiliki ciri2 yang saya impikan selama ni..boleh kata..setaraf dgn saya..''

Dia terdiam seketika..menahan sebak..

''kalau hati awak betul2 dah beralih..tak mengapa..saya akan penuhi permintaan awak ni..maafkan saya tak mampu menjadi sebaik dia..sebanyak ni je yang saya mampu..saya pegang dengan janji saya untuk setia..sampai saat terakhir awak perlukan..saat terakhir tu dah pun tiba... hari ini..''

Gadis tersebut terkedu sebentar mendengar kata - kata nya..

''awak tak perlu katakan dan ungkit semua ni pada saya ! kalau awk ikhlas awk takkan ungkit . cukuplah .lepaskan saya.awak sengaja nak buat saya rs serba salah dgn situasi sekarang walhal awak tak pernah sayangkan saya pun ! ''

Perlahan lelaki itu bangun dan menghampiri gadis tersebut..

''pandang mata saya sebelum awak rendahkan saya..masih belum cukup lagi apa yang saya buat untuk awak selama ni..? bkn saya mengungkit tp saya nak awk berfikir..jangan bt keputusan terburu2..ye..saya seorang tak pandai menyusun kata2 yang manis..sbb tu saya mampu kasi kad yg kosong je untuk ulangtahun hari kelahiran awk..tp sekurang2nya msh ada hati nak buat awk tersenyum..tiapkali kita bergaduh..sy selalu mengalah..sy cari awk..sbb sy sayangkan hubungan ni..walaupun saya bukanlah seorang yang kaya.. saya cuba jugak untuk buat awak happy..saya sanggup cari duit poket sendiri semata2 nak berjumpa dgn awak..walaupun mungkin tak seberapa..semua hasil kudrat saya..mungkin saya tak dapat belikan awak mcm2, belanja awak shopping..mungkin kadang2 saya lupa yg saya krg luangkan masa dgn awk..tp bukan bermakna saya lupakan awak..sisa masa yg ada kadang2 saya habiskan dgn tidur..sebab saya letih bekerja..walaupun awak selalu melenting..saya tetap berlembut dgn awak ..tak pernah sekalipun saya bercakap kasar..jauh sekali nak naik tangan..

pandang mata saya..cuba bayangkan satu masa nanti..awak ditemukan dgn seseorang yg kasar bila dia marah..sikit pun tak ada kesabaran mcm saya bila berdepan dgn keegoan , kedegilan awak ni..bukalah mata hati awak..rasa dengan hati.. apa yg saya buat untuk awak selama ni.. masih tak berharga lagi ke..''

Gadis tersebut terdiam sekali lagi .. menjadi tidak keruan dan perasaan serba salah mula menghantui..tapi keegoannya masih tetap mengatasi segalanya..

''saya ..takkan ubah apa yg saya nak sekarang..tolong jangan cakap banyak lagi ..''

lelaki tersebut tertunduk..perlahan dia keluarkan sesuatu dari poket seluarnya..

''nah..ini yang awak idamkan..hasil gaji saya 3 4 bulan ni..sempat jugak saya belikan untuk awak..ambil lah..anggaplah ni pemberian terakhir dari saya...''

Gadis tersebut terkejut dengan pemberian tersebut..perlahan2 dia membuka kotak kecil tersebut..didalamnya terisi seutas rantai..yang dah lama dia idamkan..

''tapi..macam mana awak tahu..''

belum sempat dia menghabiskan perkataannya..lelaki tersebut segera bersuara..

''saya selalu perhatikan awak tiapkali kita keluar sama2..walaupun benda remeh yg ada pada awak..gerak geri awak..perfume yang awak guna..jenis baju yg awak suka..dan saya tahu..kalau awak tenung satu barang tu lama2..mesti awak suka barang tu walaupun awak tak minta saya belikan..ambillah..saya puas hati sebab niat saya belikan benda ni untuk awak akhirnya tercapai juga...maafkan saya...sekali lagi..maafkan saya...saya tak mampu jadi sehebat sesiapa..tapi apa yg saya tahu..saya sayangkan awak..tak pernah terlintas untuk mainkan hati dan perasaan awak..saya serius dgn hubungan kita malah dah pun terdetik dihati saya untuk jadikan awk sebagai isteri saya...tapi kalau ini dah takdir..saya redha...''

Gadis tersebut tenung dalam2 kemata lelaki tersebut..jelas kelihatan keihklasan dalam diri dia..walaupun kerap mereka bergaduh.. tidak pernah sekalipun dia abaikan gadis yang dia sayang..ucapan selamat pagi tak pernah dilupakan ..apatah lagi kalau mengambil tahu serba serbi tentang gadis itu..

''awak..maafkan saya..saya tak pernah nampak semua ni..saya....''

''tak mengapa..saya faham..saya pun bukan lah manusia yg tak pernah lari dari kesilapan..saya lepaskan awak..pergilah dengan dia... jika diizinkan DIA, kita berjumpa lagi..saya harap awak tak pulangkan barang2 yg pernah saya bg..simpanlah jadikan kenangan...saya ..terima keputusan awak ni..walaupun sakit..''

Dia pun berlalu pergi dengan penuh rasa hampa..gadis tersebut hanya melihat dan..tertitislah airmata kekesalan..

sesampainya dia dirumah..segera dia bungkuskan satu persatu barang yang pernah diberi oleh gadis tersebut dan simpan disatu sudut..dengan rasa kecewa dia memandang cermin..melihat dirinya sendiri..

''aku tak perlu bersedih lagi..aku dah cuba..aku dah usaha..tapi dia masih tidak nampak..mungkin Tuhan mahu utuskan yg jauh lebih baik untuk aku..aku tak perlu bersedih..aku tak perlu bersedih....''

selepas 6 bulan mereka berpisah..

gadis tersebut semakin hari semakin sedih..tiapkali terpandang barang pemberian dia..perasaan kesal..sedih mula menghantui..

''aku bodoh..aku tak hargai kau..aku tak matang..aku ego.. aku terlalu lebihkan kesempurnaan luaran dari menghargai kau ..maafkan aku..aku menyesal..sangat menyesal..''

Yang disangkakan boleh membahagiakan dia dgn janji2 palsu..kata2 manis.. kekayaan..ketampanan.. semuanya bersifat sementara..akhirnya..sesal tiada kesudahan..gadis tersebut mencari lelaki tersebut kembali..tapi alangkah nasib tidak menyebelahinya..lelaki tersebut kini sudah bahagia dgn penggantinya..tinggallah dia sendiri bertemankan kekesalan..

Monday 19 November 2012

aku yg bendul mahu makan '' roti panjang'' haha



Assalamualaikummmmmmmmmmm wuhuuu jumpa lagi kita di ruangan blog saya yg cukup suram ini. ahakkk (gelak manja) .firstly , pls perhati gambar diatas ni betul2 sbb gambar ni tade kaitan langsung dgn entri ni. lalala. Act tadi mengantuk then tiba2 segar semacam ni so nak update lah sikit blog ni . sekarang jam 1.35 am. esok keje tp sekarang still celik . +_+''  tetiba teringat kisah aku yg bendul masa darjah satu . korang nak tahu ? haa? taknak tahu? oke aku cerita . haha gini cite die . ustazah aku yg sorang ni memang garang sgt, rotan mmg selalu ditangan , if tade rotan , dia akan  pegang pembaris panjang waktu mengajar . buat korang yg batch aku dan sebelum2 ni konfem kenal kan pembaris panjang , besar kaler oren yg cikgu2 sekolah rendah selalu guna time menulis guna kapur dulu . Budak sekang aku tak sure lah sempat jumpa/ tak . huhu , then adalah satu hari tu , kelas aku bising sangat5x . sampailah ustazah kitorang masuk , semua lari bertempiaran cari tempat duduk masing2. ustazah pun masuk dgn muka bengis, capai pembaris panjang dalam kelas tu.

''siapa buat bising tadi ? ha ?''

semua senyap. ustazah pun tanya penolong ketua kelas, then dia jawab. dia tunjuk beberapa org yg buat bising.aku dah cuak , kepala tunduk je.ustazah pun cakap lagi

''saya ada 'roti panjang' ni , ade sesape nak merasa ' roti panjang' saya?

masa tu aku mmg tengah lapar , terbayang2 la roti panjang yg mak aku selalu beli , cepat2 aku angkat tgn ! hahaha semua pandang aku , mungkin dorang kagum melihat 'keberanian' aku. :p ustazah pun terdiam kejap sambil perhati aku . tiba2 kawan aku cuit aku ' weh roti panjang tu pembaris panjang yg ustazah pegang tu , ko nak kena pukul ke?''

hehehe itulah kisah bendul ku . the end . zzzZz

Sunday 8 July 2012

yg terjadi sepanjang driving lesson sampai hari test JPJ . check it outtttt . hoyeyeyehhh !



kereta pertama yg aku drive diatas jalan raya . saya rindu awak kereta . ;'( huhu .

Assalamualaikumm , hy ! today is sunday , day ape, dayyy tambii ! hehe .okay nk share sikit pengalaman sepanjang driving lesson sampai lah ke hari akhir aku test jpj . patutnya update pasal ni jumaat lepas tp lambat sikit update :p . selama 10 kali aku belajar drive dengan cik zul ( cikgu driving lesson aku ) di PMC Beserah kuantan . haa siap bg tahu tempat n nama lagik ,detail sungguh . -.,-

HARI PERTAMA

aku diajar cara imbangkan clutch dan tekan minyak .( mase kecik dulu aku selalu dgr org sebut 'tekan kelah , tekan kelah ) pelik nau ase , rupenye 'clutch'..hehe first try , 3 kali enjin kereta mati . haha . dalam hati aku mengeluh ..

''haihh ..mcm ni rupanya drive kereta , patutlah ramai mengeluh lenguh kaki , aku ingatkan senang ja drive , duduk ja dlm kereta ..huhh penat jugak rupanya ..dah la penat , confuse lagik ! ish nk give up aser.. ''

aku disuruh drive , pusing2 area tempat latihan memandu tu . ah , memang keras mcm robot pun aku drive. haha semua org pernah mcm tu kan sebelum expert drive , tp bila dh expert , seronok la hang semua nganjing 'junior2' ni kan . huh !

HARI KEDUA

oke sikit dh , dh retii start enjin kereta ;D . then , aku terus disuruh drive ke jalan raya . ( jalan c) pergghh ! gelabah gila ! stereng , gear , signal , terabur semua . cikgu aku cuak ! haha membebel tak henti2 . bingit tinge.tp..bebelan tu lah yg buat aku ingat tiap kesalahan aku waktu drive ;D hee . drive mcm robot waktu kt jln raya . entah hape2 .

HARI KETIGA aku diajar cara naik bukit , parking dan u turn 3 penjuru  . first naik bukit , aku tak boleh buat . kali ke 2 barulah boleh . first try paarking , aku berjaya tumbangkan 3 batang tiang , hebat kan aku? hakhak .sampailah hari ke lima , aku dh boleh buat ;D

HARI KE ENAM

aku dh boleh buat ujian kelayakan , then lulus untuk ke tahap seterusnya , iaituuuu test JPJ !

HARI KETUJUH DAN LAPAN .

aku diajar keseluruhan step. dari step pertama betulkan sit sampailah step terakhir matikan enjin. buat sampai 2 jam .

HARI KESEMBILAN .

HAHA ! yg ni kelakar aku rasa. sampai bebila aku takkan lupa . mungkin korang akan kata stupid mistake , tp aku tak kisah sbb aku stupid lah aku baru belajar untuk jadik cerdik kan . heeeee .sehari sebelum test jpj ni , aku disuruh lagi drive ke jalan raya , so sampai kat selekoh ni , aku bengap , sibukkan diri tukar gear , kononnya nk masuk gear 3, (bajet good good jek ) , then aku pun tukar lah . kat selekoh , tak logik lah kan tukar gear . stereng pun aku tak jaga , sipi ja lagi rempuh gerai kecik makcik jual ikan segar kat tepi selekoh tu . haha aku ingat lagik , gerai tu terpampang besar2 tulisan 'DISINI ADA MENJUAL IKAN SEGAR'. haaa hampir2 lenyek semua ikan segar makcek tu . cuak muka makcek tu . haha . ngek betul aku.

HARI KESEPULUH.

detiknya telah sampaiiii . jengjeng !dubdabdubdabbb ! aku kena test jpj pukul 8.30 a.m. so pagi tu sibuklah daftar dan ambil number giliran. ada 30 org yg bakal hadapi test jpj hari tu . haa aku dpt number bertuah , number aku , DUA . bapak awal .lebih bertuah lagik bila sipendaftar number satu cancelkan test dia hr tu , so maknanya aku lah org pertama untuk setiap test . test naik bukit , aku org first , test parking dan semuaa ! aku makin gelabahhh ! haisss . mujurlah saut jersey spain hari tu . semangat lebeh rase ! 4 -0 derr ,huahua .aku ingat lagik pagi tu , pas aku bersiap , berangan kejap depan cermin , berasa diri agak ayu dan jelita . haha annoying gila kan ? phuii menyampah aku baca. baru nk berangan lebeh , cikgu aku dh sampai , potong betul .

8.30 a.m

semua yg bakal test jpj disuruh berkumpul dan tunggu turn di tempat yg dh ditetapkan. aku pun duduk di kerusi yg aku pilih . lama lah jugak menunggu . nama aku yg pertama dipanggil untuk ke test naik bukit. dgn lafaz bismillah , aku pecut kereta tu . vrooommmmmmmmmmmmmmm ! alhamdulillah lulus . semua org bersorak dan tepuk tangan untuk aku . ( oke yg sorak , tepuk tgn tu aku tipu , haha ) . aku pun melangkah keluar dari kereta dan berjalan dgn penuh bangga , berasa kononnya semua org pandang aku dgn kagum . (padahal org tak heran pun , bajet bagus je dia ni tulis mcm ni) haha. gurau ja lah .dah pass semua test , aku kembali duduk di kerusi tempat yg awal2 kitorang kena berkumpul tu . tunggu untuk test seterusnya , test di jalanraya .sambil tunggu tu , tetiba ada sorang JPJ ni datang kat kitorang ..

JPJ : lori ! lori ! sape lagi ? lori !

semua org pandang JPJ tu dan masing2 senyap.yelah majoriti yg duduk situ semua nk test kereta bukan lori . tetiba ada sorang perempuan bertudung , berbaju merah dan ber jeans , bangun slow2 dgn muka agak blur..

perempuan : haaa... ( dgn nada suara slow dan muka blur , sambill bangun perlahan2 dari kerusi dia..)

JPJ tu ulang lagik ..

JPJ : lori ! lori !

perempuan tu dh berdiri depan JPJ tu dgn muka blur lagik . kawan perempuan tu pandang perempuan tu dgn muka pelik dan tertanya2 , tiba2 kawan perempuan tu pun tanya JPJ tu ..

kawan si perempuan : cik , lori ke NORRI ?

JPJ dgn pantas menjawab..

JPJ : LORI !

perempuan tadi pun dgn perlahan2 duduk semula di kerusi dia, kawan dia pun dgn kuat sekali gelakkan dia , termasuk lah aku , tp.. aku pelik , semua org kat situ muka serius , bg dorang tak lawak ke? oh ! baru aku ingat , semua gelabah tgu turn nk test ! hahahaha ! aku tahan perut aku dr gelak kuat2 , tetiba mamat sebelah aku pun gelak sekalik ! hadoi . xleh blah betul . lepas bape minit , nama aku pun dipanggil ..aku ingatkan aku dpt kereta viva , tp..kancil .. okay lah senang sikit sbb aku belajar punn kancil ja. aku pun mulakan step aku dgn bismillah..sampai je kt jalan , tetiba aku jengg ! ouh sudah ! lupa bg signal , tekan minyak kuat . JPJ tu terus warning ,

JPJ : awk ni , kalau sy rasa merbahaya , kita patah balik k .sekali je lagi. ( dgn muka serius , misai yg lebat )
aku : oke cik .( sengeh sumbeng , malu jugak . hikhik)

sampai separuh jalan..

JPJ : sy tengok awk ni boleh je drive , cuma awk tak yakin. sy tak suka org yg cepat mengalah. belum cuba lagi dh rasa takut . kena yakin . jgn set negatif dlm kepala yg kita ni takleh buat .

dalam hati aku, amboih JPJ ni bg semangat pulak .siap suruh aku bw laju lagik . makin semangat aku . aku pun drive dgn semangat dan lebih yakin . sampai lah habiss , incek JPJ pun tick kotak2 dlm kertas tu , last sekali dia tick kotak lulus . fuhh aku bersyukur . lega gila rasa , puass ! happyy ! dgn perlahan aku buka pintu kereta , then..

JPJ : sorry ye kalau terasa dgn sy tadi..
aku : takpelah , sy pun mintak maaf untuk kesilapan2 tadi..
JPJ ;harap awk berkeyakinan lepas ni ,maaf sy perlu tegas sikit untuk mengajar ye , jgn set dlm kepala yg awk tak boleh . ingat .

hee memang aku akn ingat pesan incek JPJ bermisai itu ..Alhamdulillah , sudah dapat P . huyeyyyyyy ! ;D

Tuesday 3 July 2012

setiap gambar ada ceritaa ! mari baca , lihat , komen dan harus suka ! kehkeh


Assalamualaikum , hy ! hari ni sy sgt berbesau hati nk kongsikan dgn korang hasil kreativiti sy time kebosanan dirumah ! cewah . Actually , 'orang wayar' ni dicipta special untuk sy dari seseorang , ehem ! adelahh, tak perlu kot mention name. hewhewhew . dan simbol LOVE besar kat belakang gambar first dibawah ni pun hasil buatan dia jugak..cantik kan hasil tangan dia ? sebenarnya 'orang wayar ' ni takde muka . sy ja yg pandai2 lukis muka lelaki & perempuan pastu tampal guna gam . then , tercetus idea nak capture pic mcm ini ! you guys tengok lah , and komen lah sikit kalau boleh . sy pun nak tahu okay atau tak hasil sy ni , bukan apa, sy agak minat jugak bab2 capture image ni cuma masih di level minat.. tak sampai lagi level minat gila gila ! hehe . 3 image dah sy publish di Facebook sy , so far kwn2 kat sana beri komen positif , hopefully kat sini pun positif ,. ohhh sy bukan fotografer tetapi sy orang yg berhobikan begini . sy capture semua image ni hanya menggunakan handfone NOKIA C6 , jemput selongkar satu persatu dan komen lah if mahu ,tak mahu pun , komen jugak ya , kalau tak , saya marah ! haha . peacee !
.....
.....
.....
ehhhhhh ! tak habis lagi , ade satu lagi nak cakap !!setiap imej ini ada kisahnya yg sy nak sampaikan :D



ini rupa asal orang wayar ni .dia buatkan untuk saya 3 . termasuk lah simbol love belakang tu .sy tampal muka kat setiap satu orang wayar ni kasi ade feellll sikit bila korang tengok gambar2 dibawah ini kejap lagi..
....
....
aku kata tengok  gambar kat bawah ni kejap lagi bukan tengok sekang .. heyy nk marah ni ..=p




gambar 1

''..bila dah sayang , setakat berdiri tepi koridor buruk  pun atau cuma jumpa sekejap pun dah memadai kan asalkan boleh jumpa boleh menatap wajah si dia depan mata . tak perlu pun pergi ke tempat mahal , buat itu dan ini..detik bersama lebih bermakna bila saling mengungkapkan rasa sayang,..'' :D

* ohh suweetnyaa . kata mereka yg membaca ini. *

ahak ahak ahak *gelak gedik


gambar dua

kata gadis didalam train itu : ''..kadang2.. keadaan yg tak terduga memaksa kita pergi jauh meninggalkan org yg kita sayang..tp seandainya awak memang jodoh sy dan sy memang jodoh awak , jarak hanyalah hitungan semata.. semoga pengakhiran cinta kita adalah kematian bukan kecurangan.. '' :)

kata lelaki yg tertiarap di jalan itu ''..ahh.. taik.. pura pura kejar sampai jatuh terguling je ni .. nanti ko dah gi jauh , aku pasang baru je. mane bulih takde orang caring2 sal aku dan duduk dekat2 aku ni ...uwekk ..''

ngehngehngeh <-- gelak manjaaaaa




gambar 3

''..walaupun kita hanyalah pasangan yg biasa biasa sahaja , dan sering lakukan hal yg remeh bersama .. ia tetap mjd detik yg indah dalam hidup sy .. walaupun mungkin dimata orang lain ia nampak kolot..tp cukup sempurna dimata sy bila hal 'kolot' itu kita lakukan bersama .. '' :D







gambar 4

''..setiap insan yg bercinta dimuka bumi ini semua mahukan pengakhiran yang sempurna iaitu dengan ikatan perkahwinan..dan akhirnya melalui kehidupan dibawah satu bumbung yang sama , mengecap bahagia dan membina keluarga bersama..itulah kebahagiaan yg  didamba setiap insan termasuklah sy ..semoga cinta sy juga berakhir dgn begini..amin..'' :D







gambar 5

''..jika sy tersesat ..sy berharap awk mampu tunjukkan sy jalan yg benar dan lurus supaya hidup ini lebih bermakna..''




gambar 6

''..bila awak selalu muncul disaat sy kesusahan..itu sudah cukup meyakinkan cinta awk buat sy..
bila sy selalu muncul disaat awk kesusahan..itu membuktikan cinta sy untuk awk..
dimata sy ..harta , rupa bukanlah sesuatu yg mampu menjamin cinta awk hanya untuk sy..
i love you sayang..'' ;D


                                                                    gambar 7

''..sy  impikan percutian yg sangat romantik bersama awk bila dh berkahwin satu hari nanti .. '' ;D




hehe dah habis tengok dan baca ? thank youu !kalau suka , boleh like , kalau ada idea , boleh komen , kalau tak suka , baca lah lagi supaya hatimu kan sakit lagi huahuahua ~ sekian sahaja hasil gambar yg sy share dgn korang untuk hari ini . thanks cz sudi menjenguk ! hikhok..oke tarik kasi panjang sikit.. HIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKHOOKKKKKKKKKKK .oke dah.bye bye tata titi tutuuuuuuuuu



Sunday 24 June 2012

fakta tentang aku . hihi ! jom baca ! :)









1. Time boring dalam bilik sorang2 , aku suka tgk cermin & catwalk ala2 model gitu , kononnya aku sgt lawa ! hahaa

2.Tiapkali lepas make up , bersiap2 nk keluar , aku mesti senyum lebar2 depan cermin , bg aku bila banyakkan senyuman , kita akan rasa lebih bersemangat ! :D

3.Aku suka tidur tanpa bantal , and lengan kiri aku diletakkan atas dahi , barulah aku boleh tidur nyenyakkk !

4.Aku suka buat vediomaker tentang cinta , life aku , kawan2 aku , orang2 yg aku sayang , even aku sorang ja tengok ,tu satu kepuasan bg aku bila aku tgk hasil kreativiti sendiri . ;D

5.Aku  tak suka FACEBOOK !

6. Okay , number 5 tu aku tipu . nak percaya pun boleh ..

7.Majoriti kawan yg dah kenal aku ,dorang akan cakap , 'aku ingatkan ko ni sombong , first time aku jumpa ko , muka tak senyum langsung !bila dh kenal ni , baru aku tahu , gila jugak rupanya !' haha yesss ! aku susah nk mesra dgn org kalau kali pertama jumpa ,bukan sombong tapi agak kekok wehh . tp kalau org tak kenal senyum kat aku , aku senyum lah balik , kecuali ! senyuman gatal .

8.Jenis aku sekali aku ditipu , agak susah aku nak percaya lagik . so pandai2lah yakinkan aku semula bila dah kantoi sekali sebab aku akan curiga 24 jam !

9.Okengg yg ni drama sikit . time aku sedih , aku lebih suka bersendirian dalam bilik n tulis tentang perasaan aku kat kertas2 kosong, menangis sorang2 , sampai letih , aku ronyot kertas tu n tidoooo ..

10.Aku akui aku ni agak keras hati ,tapi..hati aku akan lembut untuk memaafkan dan memohon maaf kalau aku yakin org tu betul2 ikhlas dgn aku ..kalau org balas semula kekerasan kepala n hati aku , makin menjadi lah perangai aku ..aku mmg nk berubah tp still perlukan masa . :)

11.time makan , aku memang tak suka bercakap , penat rase bila kunyah2 makanan , potpet2 lagik ! hee . tapi aku tak kisah kalau org nk potpet2 waktu aku makan , cuma jgn marah la kalau aku kurang melayan . hihi

12.aku suka tengok lelaki berjanggut , berkemeja n berbaju melayu . sejuk hati tengok lelaki kemas2 :) tp kalau lelaki tu selekeh sbb bekerja , lagi lah aku suka , nampak kesungguhan bekerja tu !

13.alangkah indahnya dunia kalau ada lelaki bacakan aku  ape2 je surah sebelum aku tidur atau pun setiap kali nk habiskan perbualan di fon . :)

14.berpeluk , bercium , bukan cara aku masa bercouple .

15.aku memang bataskan diri aku untuk bersosial bebas . semuanya rela bukan paksaan dari family . kita tahu yg mana buruk dan baik untuk kita, so kenapa mengharap 100 peratus bimbingan dari org ja?

16.cinta yg aku idamkan pulak tanpa nafsu mencemarkan . okay yg ni lebih kurang sama ngn num 14 :D

17.suka lelaki bersederhana tapi sangat prihatin.

18.okay ni angan2 aku . sometime aku pernah terfikir , satu hari nnt aku akan jd isteri orang. so , aku dh simpan cita2 dan angan2 , hihi . aku bercita cita mjd wanita berkerjaya ,isteri yg sangat lembut , aku akan mengangkat darjat lelaki yg bergelar suami aku sbb dia  pilihan terbaik untuk jd pembimbing aku , dan dia jugak lah raja aku , okay tak ? haha aku idamkan jadi isteri yg solehah dan juga role model yg baik untuk anak aku satu hari nanti .sementara bergelar GF / TUNANG aku tetap bg komitmen cuma tak sehebat komitmen sbg bini org lah ! janji aku setia kan? komitmen lebih2 lepas kahwin :D panjang angan2 aku , bosan dh korang baca ! sape suh baca ? hahaa

19. aku suka shopping atau jalan sorang2 time stress ! bagi aku itu tak pelik.

20.tak suka tidur dalam gelap cz aku penakut !huhu

21.aku rasa nk stop dah kat sini.

22.kan  aku kata nk stop lah , dok baca apa lagi ? dah , dah , tutup , tutup .

23 . tengok tu , degel betul ! aku taknak tulis dah  laa..haha . sekian FAKTA tentang aku :D

Sunday 10 June 2012

Love





A bad relationship will make you feel more alone than when you were single. So be careful about whom you give your heart too. ♥

-Bunga Marshelloop

Saturday 9 June 2012

Bila tertitisnya airmata lelaki...

''..airmata kaum adam dianggap berharga kerana mereka sukar menitiskan airmatanya..sampai satu tahap tertumpahnya airmata mereka bermakna mereka bergelumang dlm keadaan yg sangat menyakitkan..takkan mudah tertitis airmata mereka jika hal yg berlaku hanyalah perkara biasa..krn hati adam tidak serapuh hawa..''

mengertilah hawa...

-Bunga